PASIR MAS: Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pada 4.42 pagi pihak polis telah menerima satu laporan polis berkaitan kes itu.
Beliau berkata berdasarkan laporan itu, kira-kira pukul 3 pagi semasa pengadu bersama sepupunya sedang tidur kedengaran bunyi empat das tembakan di luar rumahnya.
"Pengadu yang tersedar dengan tembakan itu terus pergi ke pintu utama dirumahnya dan mendapati dua lelaki menaiki sebuah motosikal memecut laju ke arah Bunut Susu.
"Pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati terdapat kesan tembakan pada cermin belakang dan cermin sisi penumpang hadapan kereta Perodua Viva, manakala kereta Mitsubishi Triton telah ditembak di bahagian fender kiri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhamad Zaki berkata polis yang menjalankan pemeriksaan di kawasan hadapan rumah lelaki itu menemukan empat kelongsong peluru disyaki jenis sembilan milimeter.
"Dalam kejadian ini tidak melibatkan kecederaan mana-mana individu dan hanya melibatkan kerosakan dua buah kereta sahaja dan suspek disyaki dua lelaki tempatan menggunakan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15.
"Kes disiasat di bawah seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Sek. 427 Kanun Keseksaan. Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pada 4.42 pagi pihak polis telah menerima satu laporan polis berkaitan kes itu. - Gambar fail/BERNAMA
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Tauliah (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang dalam misi United Nations Interim Force in Lebonan (UNIFIL) meninggal dunia, pada Sabtu.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
UAE hantar 100 tan bantuan kemanusiaan ke Brazil
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu telah menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir dan hujan lebat yang melanda Brazil baru-baru ini.
Sekurang-kurangnya 400 maut susulan hujan lebat, banjir di Afghanistan
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Gunung Ibu meletus, tujuh kampung dipindahkan
Letusan gunung berapi di pulau terpencil Indonesia, Halmahera semalam yang memuntahkan awan abu kelabu ke langit memaksa penduduk tujuh kampung dipindahkan.
[TERKINI] Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
Beri lebih peruntukan kepada Selangor
Sany meminta agar kerajaan persekutuan memberikan lebih peruntukan kepada negeri Selangor, khususnya daerah-daerah yang sedang pesat membangun.
Percepat proses, kerja naik taraf jalan persekutuan
Kerja naik taraf yang sedang berjalan di Jalan Persekutuan dari Persimpangan Jalan Dato’ Alias ke Persimpangan Batu 9, Cheras perlu mempunyai kesinambungan bagi memastikan keselesaan berterusan dan mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, awal pagi tadi.
Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover': Polis teliti CCTV buru suspek lawan arus
Polis memohon saksi kejadian kemalangan ngeri melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Hulu Klang (SUKE) tengah hari semalam untuk tampil.
Polis buru suspek ancam bunuh kumpulan Radja
Polis memburu suspek yang dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat serta membuat ancaman bunuh terhadap kumpulan muzik rock terkenal Indonesia, Radja Band.
Polis buru dua suspek samun wanita di stesen minyak di Cheras
Polis sedang menyiasat sebuah video tular berhubung kejadian samun terhadap seorang wanita tempatan di sebuah stesen minyak di Cheras.
Tular kes samun bersenjata di Menglembu, polis buru dua suspek
Polis sedang memburu dua suspek yang terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai runcit di Menglembu, semalam, yang tular di media sosial.